Penerbitan Degup Cinta

Idea untuk Degup Cinta mula dicetuskan oleh Astro pada pertengahan 2018.[4] Menurut Pengarah Eksekutif 3 Line Media, Harris Ahmad Shah, idea untuk membawa produk tempatan ke pasaran antarabangsa menjadi kenyataan selepas projek ini mendapat kerjasama daripada FOX Turki.[4] Dalam temuramah bersama Astro Gempak, beliau berkata: "Kita membeli format dari sana untuk drama bersiri, Ruzgarin Kalbi sebanyak RM100,000 sebelum menghasilkan versi tempatan. Mereka bagi skrip drama asal tersebut. Terpulang pada kita sama ada mahu olah balik atau nak ikut bulat-bulat. Sepatutnya, penerbitan drama ini mengikut standard antarabangsa daripada FOX tapi mereka faham dengan bajet yang kita buat,".[4] Degup Cinta turut mendapat bantuan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menerusi Geran Produksi.[4]